Tuesday, March 6, 2012

DOA DAN ISTIQAMAH

Biasanya jika kita mahukan sesuatu kita minta sekali je ke?Pasti berkali-kali kerana kita yakin, berkali-kali  itu menunjukkan kesungguhan. Imbau seketika memori lama, berkehendakkan sesuatu, hampir setiap minit, setiap jam dan setiap hari kita mengulang minta kepada ibu bapa. Lalu, setelah berkali-kali meminta, pasti akhirnya ditunai jua permintaan itu. Di situ letaknya istiqamah, konsisten, berkali-kali, berulang-ulang.

Berdoa itu adalah meminta, meminta pasti dengan cara yang paling baik kerana kita maklum meminta dengan kasar  nanti hajat tak kesampaian pulak. Sedangkan dengan ibu dan bapa pun bila berkehendakkan sesuatu kita akan bercakap dengan lembut. Berbeza benarkah berdoa dengan meminta?

Pernah sesekali kita berdoa sambil bercakap, bergosip, menoleh kiri dan kanan?Pernah kannnnn....dan selalunya situasi ni terjadi masa kita hanya mengaminkan doa yang dibaca orang lain. Pernah kita terfikir, dengan siapa kita meminta???? Dengan Allah S.W.T ....Dia Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memberi, Maha Berkuasa, Maha Kaya...Namun, tiap kali menadah tangan, sedang meminta, sedang berdoa, boleh pulak kita bercakap. Ke mana hilang adab berdoa?

Maka, memintalah dengan cara yang paling baik dan dengan berkali-kali kerana di situ menunjukkan kesungguhan kita akan permintaan kita dan kita sedang meminta daripada Yang Maha Berkuasa. Istiqamah dalam meminta. Memintalah dengan sebaik cara.

Ingatan untuk diri saya.......