Sunday, December 4, 2011

REZEKI DATANG LAGI!

Tiap kali kita sedang makan di gerai,kedai, mana sekalipun,akan didatangi insan yang menghulur tangan mengharap ihsan kita barang seringgit dua. Ikhlas atau tidak,  pasti dihulur jua duit sekadar mampu. Ada juga sekali sekala, kita tidak menghulur apa-apa. "Entah ye entah tidak!" bisik hati kita. Tetapi pernah terbit di kotak fikiran kita, mereka itu datang membawa rezeki???? Tanpa kita sedari, sebenarnya  mereka itu bukan datang kepada kita tapi mereka didatangkan kepada kita. Tanpa izin Allah S.W.T takkan hadir mereka di hadapan kita dan pastinya hadirnya mereka membawa makna. Apabila tangan mereka menghulur,tangan kita akan memberi. Tidakkah di situ kita telah beroleh pahala?...InsyaAllah...sebab itu dikatakan mereka itu didatangkan dan rezeki datang lagi kerana setiap kali kita kita memberi, rezeki pahala telah datang, rezeki doa kesejahteraan kita telah datang dan akhirnya, bertambah-tambahlah rezeki, berdatang-datanganlah rezeki. Kalaupun bukan duit yang dihulur, senyuman atau doa mungkin sudah mencukupi dan kedua-duanya tidak memerlukan kita menyeluk kocek untuk dikeluarkan....sama-sama kita renungkan.

Monday, September 12, 2011

Berapa Ringgit Malaysia(RM) aku?

Assalammualaikum...

Datang sekolah naik apa?...Mercedes....ayah hantar?...iye....Duit belanja berapa banyak?....RM10...Sehari????...iye....Buku mana?...lupa....Pensel?....hilang...Habis tu nak tulis dengan apa?....

Kalau kita dilahirkan kaya sekalipun, harta itu harta ayah. BUKAN harta KITA...Kalau duit kita banyak sekalipun, duit itu duit ayah. BUKAN duit KITA...Ilmu kita lebih tinggi daripada seorang guru?...KITA PUN SEDANG BERGURU DENGANNYA...

Harta bukan milik kita, duit bukan milik kita, ilmu tidak setinggi mana ,JADI...apa yang kita ada?Kalau budi pun tak kita punya?????Di mana kita meletakkan nilai diri kita?Saya tidak mengatakan diri seseorang insan itu disamakan dengan duit, namun, sekiranya ia BOLEH boleh dilakukan, berapakah harga yang mahu diletakkan kepada diri kita?

'Kaya' itu besar ertinya, hebat maksudnya, luas maknanya. Kaya tidak hanya bergantung kepada pemilikan harta,wang ringgit. Kaya ilmu, kaya budi bahasa, kaya kemahiran...juga kaya. Namun, jika ditenung dan direnung, apabila kita kaya dengan budi bahasa, kita mampu menjadi kaya ilmu, kaya kemahiran, kaya harta dan kaya wang ringgit.

Kesimpulan, budi bahasa menjadi asas kita membina kekayaan. Apa lagi yang kita miliki jika budi bahasa yang kita peroleh secara percuma itu juga tidak kita miliki?

Thursday, July 14, 2011

100% FREE

Free..percuma...dapat gituuuu je..xpayah bayar...xpayah susah-susah...apa benda free kat dunia nie?...ada lagi ke?..nak cari tandas free pun payah...benda free?...pamplet, poster, beg plastik(Hari Sabtu kena bayor wo)...kupon, pisang kat masjid, sabun kat hotel, tisu kat restoran...sebenarnye banyak lagi benda free kat dunia ni...SENYUM, PUJIAN, TERIMA KASIH, TEPUK TANGAN, DOA,UDARA...dan banyak lagi...tapi sedarkah kita, walaupun semua ni percuma, tak pernah di hati kita untuk menghadiahkan semua ini selalu. Walaupun kepada orang yang sepatutnya menerima sentiasa.

SENYUM...takde orang pernah minta bayaran untuk senyuman kita ((kecuali model iklan gigi la), namun, ada kita kisah nak hadiahkan pada orang sekeliling kita..waima mak kita sekalipun yang pahalanya sudah dijanjikan apabila bermuka manis dengannya PUN kita tak nak bagi. Mahal sangat ke? Susah sangat ke?...Kalaupun berat mulut nak ucapkan terima kasih pada cikgu yang berpeluh-peluh, berpenat lelah mengajar...hadiahkan sekuntum senyuman percuma susah jugak ke?

TERIMA KASIH...berapa kali hari ini anda berterima kasih dengan ibu anda? Pernah anda pergi kepada guru anda dan mengucapkan terima kasih seikhlas dari lubuk hati yang paling dalam apabila anda berjaya memahami sesuatu? "Teeerima kasiiihhhh cikgu"...ucapan sambil lewa diiringi gaya berdiri separuh tiang...Setakat itu sajalah penghargaan kepada seorang guru.

PUJIAN...percuma je namun, susah benar nak diungkapkan, dilafazkan di bibir...

TEPUK TANGAN...tanda meraikan kejayaan...kena tunggu menang pingat Olimpik baru nak tepuk tangan sungguh-sungguh ke? Biasakan meraikan kejayaan kecil sebelum hadirnya kejayaan yang besar. Macam mana kejayaan besar nak datang kalau tak pandai meraikan kejayaan yang kecil. Siapa lagi yang akan meraikan kejayaan kita kalau BUKAN kita sendiri yang meraikannya. Orang yang sama-sama ikhlas meraikan kejayaan kita tak ramai. Orang yang sentiasa menunggu kegagalan kita untuk diraikan meeeeemaanggg ramai. Mahal sangat ke nak raikan kejayaan orang lain? Cuba bayangkan, dek kerana kedekut sangat nak meraikan kejayaan orang lain, bila masa kita berjaya, takde sape pun sudi meraikan kejayaan kita. Bayang la, waktu graduasi, disebut nama kita naik ke pentas, suasana sunyi tanpa tepukan mengiringi kejayaan kita..hah!

DOA...pernah ke dihulur resit selepas anda berdoa?...xde kan?...Doa yang free tu pun susah nak diberi...Mungkin orang susah nak mendoakan kejayaan orang lain sebab orang ingat berdoa mesti dalam Bahsa Arab je kot..jadi, oleh kerana nak menunggu sampai orang hafal doa dalam Bahasa Arab, maka, xde la insan-insan yang sudi menyedekahkan doa yang free tu kepada kita...malang hidup kita...

Saya ingin ingatkan diri saya...sentiasalah senyum, mengucapkan terima kasih, memberi pujian, bertepuk tangan dan mendoakan orang di sekeliling saya..Aminnnn

Tuesday, July 12, 2011

Renung-renungkan...

 Y cant the malays put their energy n efforts in upgrading our economic strength..bangsa lain dh berlari pecut ke hdpan n will keep on progressing n we r complecent by just
being the door mat..??...Salina Salleh,2011

Monday, June 27, 2011

Bangau Oh Bangau

Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mau timbul

Ikan oh ikan
Kenapa tak mahu timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit

Perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah

Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku

Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku

Katak oh katak
Kenapa kau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak
Macam mana aku tak makan
MEMANG MAKANAN AKU

Sunday, June 26, 2011

Sesat Dalam Terang

Assalammualaikum....

     Che Lin nak citer pasal SESAT DALAM TERANG....huyyoo..camne leh sesat dlm trang plak?Kalo dah terang...takkan sampai xblh nampak?...Situasi 'sesat dalam terang' ni same le jugak dgn kita tak nampak jalan/penyelesaian bila kita sdg dalam kecelaruan perasaan, mental dan fizikal...ada masalah le tuuu....

     Bila saat kita menghadapi masalah, sering kali kita tak nampak jalan penyelesaiaannyer. Masalah itu ibarat lalang yang tinggi. Lalang itu akan menutup mata kita, menyemakkan kepala kita lalu kita tak nampak jalan penyelesaian. So, nak nampak jalan, lalang tu perlu ditebas. Untuk menebas kita kena ada  parang ke... sabit ke... pisau ke.... Tapi, ada parang @ sabit@ pisau yang tajam pun kalau takde usaha untuk mula TAK JADI JUGAK!!Kalau malas nak menebas, camne lalang nak hilang, kemuncup nak kurang, jalan nak nampak?SO....?

    Itu lah KAUNSELING....counselling is a process...not a magic healing method...tolongggggglahh! Bila anda kongsi cerita dengan niat untuk melepaskan beban masalah itu ibarat menebas lalang yang tinggi. Lalang itu masalah, berkongsi cerita itu menebas. Semakin banyak anda bercerita, masalah yang anda tanggung menjadi semakin ringan... dan akhirnya...apabila anda selesai berkongsi, masalah sebenar telah dikenalpasti,dan akhirnya, anda akan menemui jalan-jalan yang akan membawa anda ke destinasi penyelesaian kebuntuan anda....maka, kerana itulah anda tersesat dalam terang.

Sunday, May 22, 2011

Quotes

Sekiranya samudera itu dijadikan tinta, batang pokok dijadikan pena, tanah lapang dijadikan kertas...Tidak ada orang yang mampu menulis satu persatu kenikmatan yang Allah telah kurniakan kepadanya

-petikan buku 'Qur'anic ;Law Of Attraction'-

Thursday, May 19, 2011

Quotes

Jangan terlalu memikirkan yang kita ini tidak pandai tetapi jangan pula terlalu selesa dengan ketidakpandaian kita

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Guru

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan di suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Tuesday, May 3, 2011

Dari Benih Menjadi Pokok

Pernah tanam pokok?...Dari mana asal pokok?....Daripada benih la. Sebatang pokok yang rendang dahannya, tinggi batangnya...rimbun rantingnya, lebat buahnya, teguh akarnya..semua berasal daripada SEBIJI BENIH...tapi......dari mana pulak datang benihnya?...dari pokok jua...Terbukti sudah bahawa semua yang terjadi adalah suatu kitaran yang menjadikan sesuatu dan mengasalkan sesuatu.

Suatu kemestian untuk kita melihat apa yang terjadi daripada satu titik yang bermula. Biarpun apa yang terjadi itu suatu lakaran yang buruk, hitam, tidak berseri, pasti ia berasal daripada suatu lukisan garisan yang sempurna cuma apabila dilarikan berus di atas kanvas, berus tersasar daripada sempadan kanvas, berus tercelup warna yang salah, garisan yang sempurna tiba-tiba menjadi lekukan yang canggung di pandangan mata.

Apa benda yang aku merepek ni?....nak kata...apa yang jadi mesti ada punca. Dari punca itu isu menjadi lebih susah dan sukar. Mungkin sesuatu itu mulanya nampak elok, tapi kita tidak dapat menebak apa yang akan terjadi kelak. Sedangkan apa yang akan jadi saat seterusnya pun kita tidak ketahui.Hanya Allah Maha Mengetahui.Sebab itu hidup ini dikatakan suatu kitaran. Sama la macam pokok dan benih.

Sama jugak dengan kehidupan, apa yang terjadi kepada diri kita, keluarga, insan tersayang, sahabat handai, pekerja, anak didik atau sesiapa di sekeliling kita berasal dari suatu punca dan bercambah menjadi suatu isu/perkara yang merimbun. Hidup yang berharta pasti bermula daripada kemiskinan, anak yang taat pasti bermula dari didikan yang sempurna, pekerja yang komited pasti bermula daripada majikan yang memahami, ketenangan hati pasti berasal daripada benih keimanan yang bercambah dan merendang di dalam dada.

Monday, April 25, 2011

Sejatinya Seorang Sahabat

Sahabat sejati....seseorang yang selalu hadir masa kita bersedih dan kesepian...selalu bersama saat duka dan lara...memahami dan boleh menghiburkan. Tidak memandang kaya atau miskin. Seseorang yang membantu kita bangun tatkala kita jatuh. Sama-sama menitiskan air mata bahagia ketika kita senang...menjadi teman yang menghiburkan masa kita tak punya sesiapa untuk bersandar.

Monday, April 18, 2011

Maaf Dari Hati

Lirik Sofazr - Maaf Dari Hati

Puisi kasih yang kita ukir
Untukmu dan juga untukku
Masih tertulis tetap dihatiku
Walaupun sudah lama berlalu

Cinta kita masih segar dalam ingatan
Aku terlena dikala aku merinduimu
Memori cinta kita takkan ku lupakan
Terasa sentiasa bersamamu

[Korus]
Maafkan aku kerna tak telus
menduakan cinta hati sucimu
andainya aku bisa kembali
kan ku setia untuk selamanya

Usah kau risau setia cintaku
Kerna ku tahu kamu yang terbaik
Takkan bisaku bezakan dirimu
Kerna dirimu hanya untukku

Sempit dan Lapang

Biar ruang sempit tapi hati lapang...quotes oleh nenek sedara ku kepada mak sedara ku ketika dia kecil...KLASIK!

Kekayaan Diri

Orang yang paling kaya di dunia ialah orang yang memaafkan orang lain kerana dengan kemaafan, kita telah melepaskan suatu 'beban' yang ditanggung di dada. Terlepasnya 'beban' itu bermaksud bertambah ketenangan di jiwa. Sesungghnya ketenangan antara sesuatu yang tidak boleh dibeli walau sekaya mana seseorang insan itu dengan harta.

Wednesday, April 13, 2011

Taaaaa'tih....

Mesti kita semua masih ingat macam mana saat kita bertatih...herm...ada ke orang boleh ingat???...ok la..kalau tak boleh ingat pun, mungkin saat adik atau anak sedara dipimpin untuk bertatih. Semua manusia mengalami dan merasai saat bertatih. Namun, apa bestnyer cerita bertatih ni????...satu lagi dimensi cerita tatih.

Cuba bayangkan seorang bayi itu apabila mula melakukan langkah tatih yang pertama. Selangkah dua...jatuh...selangkah 2,3,4..jatuh...apa akan jadi kalau bayi tu 'decide' untuk stop mencuba bertatih?..agak2 akan berjalan lebih jauh, berlari lebih laju, melompat lebih jauh, melonjak lebih tinggikah bayi itu kelak nanti???Hakikatnya, biarpun bayi itu tahu, aku melangkah ni kejap lagi akan jatuh, lutut akan sakit, badan akan tersungkur tapi aku TETAP nak berjalan biarpun aku akan jatuh selepas selangkah, biarpun badan akan tersungkur, biarpun lutut akan sakit. Aku akan cuba bertatih untuk berjalan supaya suatu hari nanti aku boleh berjalan, berlari, melompat dan melonjak.

Cuba renung diri kita sekarang!!Kitalah bayi yang suatu ketika dulu pernah jatuh, tersungkur, terhantuk...namun tetap kita terus mencuba untuk berjalan dan akhirnya kita mampu berlari. Tapi hari ini????Cubaan, dugaan hidup sebesar zarah sekalipun sudah kita 'declair surrender'. Takut ambil risiko, takut buat keputusan, takut dengan cabaran...dan akhirnya....kita memilih untuk menjadi ORANG GAGAL..

Ke mana hilangnya keperwiraan kita suatu ketika dulu????????????

Sunday, April 10, 2011

Dimensi Berbeza Kisah Perlumbaan Kura-kura Dengan Arnab

Pernah dengar cerita Arnab dan Kura-kura?....(saya mengagak, ramai yang mengangguk kepala)...namun, kita disogok akan nilai di sebalik kisah itu yang mana, sikap si Arnab yang sombong @ senang bahasanya, over confident memakan diri. Tapi, ingin sekali dikongsi suatu yang dipandang sepi oleh kita akan perspektif nilai si Kura-kura pula.


Kura-kura tahu fitrah dirinya yang bergerak lambat dek kerana cengkerangnya yang berat, namun, tidak sedikitpun dijadikan fizikal itu sebagai alasan untuk menolak cabaran si Arnab. Biarpun sudah menjangka dia akan kalah, si Kura-kura tetap dengan berani berdiri di garisan permulaan untuk berlumba dengan sang Arnab. Apabila dentuman tembakan berbunyi, memecutlah si Arnab. Kura-kura dengan langkah yang teratur dan cermat, biar lambat, tetap mencuba dan terus mencuba mengejar si Arnab. Terdetik di hati Kura-kura..."Entah-entah, dah sampai agaknya si Arnab di garisan penamat"...tapi ada langkah Kura-kura terhenti?...tidak kan?...langkah tetap diatur biarpun lambat. Sedikitpun detikan hati Kura-kura tidak mematikan semangat untuk terus sampai ke garisan penamat. Akhirnya....benarlah kata pepatah...usaha itu tangga kejayaan...tanpa disangka Kura-kura berjaya menamatkan perlawanan...lebih manis, Kura-kura memenangi perlumbaan.


Wahai anak-anak didikku,


Benar....sesungguhnya di dalam hidup tidak selalu indah kisahnya. Langit tidak selalu cerah. Namun, biarpun kau bergelumang dengan cabaran dan himpitan hidup...gagahkan jua dirimu seperti si Kura-kura....biar sangat maklum akan kelemahan diri dicuba jua sampai ke garisan penamat.


Biar kisah hidup kita suatu yang hitam warnanya, namun, janganlah itu dijadikan alasan untuk memusnahkan masa hadapanmu. Bangkitlah membina masa depan yang lebih gemilang. Ingatlah, kitalah penulis kehidupan. Ciptakan karya citra terindah agar suatu hari nanti kita mampu berbangga dengan hidup kita.