Sunday, April 10, 2011

Dimensi Berbeza Kisah Perlumbaan Kura-kura Dengan Arnab

Pernah dengar cerita Arnab dan Kura-kura?....(saya mengagak, ramai yang mengangguk kepala)...namun, kita disogok akan nilai di sebalik kisah itu yang mana, sikap si Arnab yang sombong @ senang bahasanya, over confident memakan diri. Tapi, ingin sekali dikongsi suatu yang dipandang sepi oleh kita akan perspektif nilai si Kura-kura pula.


Kura-kura tahu fitrah dirinya yang bergerak lambat dek kerana cengkerangnya yang berat, namun, tidak sedikitpun dijadikan fizikal itu sebagai alasan untuk menolak cabaran si Arnab. Biarpun sudah menjangka dia akan kalah, si Kura-kura tetap dengan berani berdiri di garisan permulaan untuk berlumba dengan sang Arnab. Apabila dentuman tembakan berbunyi, memecutlah si Arnab. Kura-kura dengan langkah yang teratur dan cermat, biar lambat, tetap mencuba dan terus mencuba mengejar si Arnab. Terdetik di hati Kura-kura..."Entah-entah, dah sampai agaknya si Arnab di garisan penamat"...tapi ada langkah Kura-kura terhenti?...tidak kan?...langkah tetap diatur biarpun lambat. Sedikitpun detikan hati Kura-kura tidak mematikan semangat untuk terus sampai ke garisan penamat. Akhirnya....benarlah kata pepatah...usaha itu tangga kejayaan...tanpa disangka Kura-kura berjaya menamatkan perlawanan...lebih manis, Kura-kura memenangi perlumbaan.


Wahai anak-anak didikku,


Benar....sesungguhnya di dalam hidup tidak selalu indah kisahnya. Langit tidak selalu cerah. Namun, biarpun kau bergelumang dengan cabaran dan himpitan hidup...gagahkan jua dirimu seperti si Kura-kura....biar sangat maklum akan kelemahan diri dicuba jua sampai ke garisan penamat.


Biar kisah hidup kita suatu yang hitam warnanya, namun, janganlah itu dijadikan alasan untuk memusnahkan masa hadapanmu. Bangkitlah membina masa depan yang lebih gemilang. Ingatlah, kitalah penulis kehidupan. Ciptakan karya citra terindah agar suatu hari nanti kita mampu berbangga dengan hidup kita.

2 comments:

  1. sy kena selalu baca blog akak tuk memotivasikan sy...kdg2 rasa sy pn mcm kura2, semuanya lmbat..sllu rsa orang lain lebih hebat dari sy...tapi sy mst kena kuat semangat kn kak..InsyaAllah....tq kak lin :)

    ReplyDelete
  2. Waaa... perkembangan yang baik.. Che Lin dah ada blog... nanti kak Ros add blog dalam blog pusat sumber yer... good job girl..

    ReplyDelete