Tuesday, May 3, 2011

Dari Benih Menjadi Pokok

Pernah tanam pokok?...Dari mana asal pokok?....Daripada benih la. Sebatang pokok yang rendang dahannya, tinggi batangnya...rimbun rantingnya, lebat buahnya, teguh akarnya..semua berasal daripada SEBIJI BENIH...tapi......dari mana pulak datang benihnya?...dari pokok jua...Terbukti sudah bahawa semua yang terjadi adalah suatu kitaran yang menjadikan sesuatu dan mengasalkan sesuatu.

Suatu kemestian untuk kita melihat apa yang terjadi daripada satu titik yang bermula. Biarpun apa yang terjadi itu suatu lakaran yang buruk, hitam, tidak berseri, pasti ia berasal daripada suatu lukisan garisan yang sempurna cuma apabila dilarikan berus di atas kanvas, berus tersasar daripada sempadan kanvas, berus tercelup warna yang salah, garisan yang sempurna tiba-tiba menjadi lekukan yang canggung di pandangan mata.

Apa benda yang aku merepek ni?....nak kata...apa yang jadi mesti ada punca. Dari punca itu isu menjadi lebih susah dan sukar. Mungkin sesuatu itu mulanya nampak elok, tapi kita tidak dapat menebak apa yang akan terjadi kelak. Sedangkan apa yang akan jadi saat seterusnya pun kita tidak ketahui.Hanya Allah Maha Mengetahui.Sebab itu hidup ini dikatakan suatu kitaran. Sama la macam pokok dan benih.

Sama jugak dengan kehidupan, apa yang terjadi kepada diri kita, keluarga, insan tersayang, sahabat handai, pekerja, anak didik atau sesiapa di sekeliling kita berasal dari suatu punca dan bercambah menjadi suatu isu/perkara yang merimbun. Hidup yang berharta pasti bermula daripada kemiskinan, anak yang taat pasti bermula dari didikan yang sempurna, pekerja yang komited pasti bermula daripada majikan yang memahami, ketenangan hati pasti berasal daripada benih keimanan yang bercambah dan merendang di dalam dada.

1 comment: