Sunday, December 4, 2011

REZEKI DATANG LAGI!

Tiap kali kita sedang makan di gerai,kedai, mana sekalipun,akan didatangi insan yang menghulur tangan mengharap ihsan kita barang seringgit dua. Ikhlas atau tidak,  pasti dihulur jua duit sekadar mampu. Ada juga sekali sekala, kita tidak menghulur apa-apa. "Entah ye entah tidak!" bisik hati kita. Tetapi pernah terbit di kotak fikiran kita, mereka itu datang membawa rezeki???? Tanpa kita sedari, sebenarnya  mereka itu bukan datang kepada kita tapi mereka didatangkan kepada kita. Tanpa izin Allah S.W.T takkan hadir mereka di hadapan kita dan pastinya hadirnya mereka membawa makna. Apabila tangan mereka menghulur,tangan kita akan memberi. Tidakkah di situ kita telah beroleh pahala?...InsyaAllah...sebab itu dikatakan mereka itu didatangkan dan rezeki datang lagi kerana setiap kali kita kita memberi, rezeki pahala telah datang, rezeki doa kesejahteraan kita telah datang dan akhirnya, bertambah-tambahlah rezeki, berdatang-datanganlah rezeki. Kalaupun bukan duit yang dihulur, senyuman atau doa mungkin sudah mencukupi dan kedua-duanya tidak memerlukan kita menyeluk kocek untuk dikeluarkan....sama-sama kita renungkan.

2 comments:

  1. Betul tu Lin tp kdg2 ia merimaskan kita juga kn mcm kita mkn2 dulu..tetiba ada je orang dtg nyanyi lagu n hulur topi kt kita....pe dia ingat kita nak pakai topi tu ke...kan ke rimas...dr satu segi mmg la mendatangkan rezeki pada kita dr sudut yg mcm Lin kate tu...semoga mereka sentiasa mendapat rahmat dariNya..amin...

    ReplyDelete