Saturday, January 10, 2015

Padang HIjau Di Seberang Sana



Lihat di seberang sana
Padangnya hijau sehijau bumi
Damai sungguh
Alangkah indah jika padang sana sehijau padang sini

           Cukuplah setakat ini kita memanjangkan tengkuk melihat kehijauan padang di seberang sana. Takutkan bermula sakit di tengkuk melarat sakit di hati. Apabila sakit di hati datang, tidur kita tak lena, makan kita pun tak kenyang. Memikirkan cara menghijaukan padang di rumah kita. 

            Begitu jua manusia. Terlalu asyik melihat kelebihan orang, kekayaan orang sampaikan kita terlupa kekayaan yang kita ada, Rahmat di sekeliling kita. Kelemahan saya dan mungkin juga sebahagian daripada anda. Kita terlalu leka melihat apa hebatnya orang, beruntungnya dia ada itu, bagusnya dia ada ini. Kita? Lihatlah di sebelah kanan kita. Kita ada ibu yang tak jemu-jemu mendoakan kita. Kita ada ayah yang dalam diam sangat mengambil berat akan kita. Kita ada adik beradik yang sentiasa ada bila kita memerlukan. Kita ada rakan yang katakan saja  "i need u'll right now" dan mesej reply...'we will be there in a second"...tak cukupkah?

                Kalaupun kita tak ada yang disebut tadi, kita masih ada nyawa untuk kita teruskan apa saja yang kita impikan. Kita ada udara yang kita sedut percuma. Tak perlu memasukkan syiling 50 sen tiap 3 minit...Rahmat Allah sentiasa hadir dalam kita (andai rahmat Allah itu seperti hujan, pasti banjir dan tenggelamlah dunia ini) betapa besar rahmat Allah yang kita butakan.

                 Apa-apa pun, kali ini saya cuma mengingatkan diri saya khususnya dan mungkin mengajak seorang dua dari kalian untuk bersama-sama merenung agar kita terus bersyukur kerana bersyukur itu rasa cukup dan rasa cukup itu membawa kebahagian.

Sudah-sudahlah memanjangkan tengkuk melihat hijau padang di sana.......

Tuesday, June 26, 2012

Siri Ke-2 Perlumbaan Arnab dan Kura-kura

Ramai yang tahu siri 1 kisah lumba arnab dengan kura-kura berakhir dengan kemenangan kura-kura. Citer nih ada banyak siri sambungan sebenarnya. Meh dengor sambungan citer arnab dengan kura-kura. Tapi cerita berikutnya ini memerlukan daya imaginasi yang amat tinggi.

Selepas kura-kura memenangi perlumbaan, arnab tak puas hati dengan kekalahannya itu. Sedikitpun tidak terkesan moral of the story citer tu di hati arnab. Sebab pe jadi cenggitu? Sebab arnab membiarkan EGOnya beraja di mata bersultan di hati. Arnab mula mencari jalan untuk menebus kekalahan. Lalu, dia mencari kura-kura.

"Weh pendek...aku tak puas hati race ari tuh...ko cheating!....kalo ko berani, kita race skali lagi!" , kata arnab dengan condifen penuh di dada. Kura-kura masih dengan sifat cool nyer...hanya mengangguk tanda setuju tanpa seribu soalan. Lalu, arnab menetapkan masa dan tempat perlumbaan. Bermulalah training arnab intensively...sampai mendaftar jadik permanent member kat celebrity fitness tu lah! Kura-kura masih meneruskan aktiviti biasernyer...(aku pun taktau aktiviti biasa kura-kura amendenye?) Bukan kura-kura confident akan menang cuma, kura-kura tidak memfokuskan kepada kemenangan, yang penting, kura-kura tidak menjadikan putus asa itu sebesar cengkerang dan usaha itu tidak sekecil tubuhnya.

Sampai hari perlumbaan, arnab yang dah memang well trained pun menang laaaaaa.....ego si arnab menjadi semakin membesar...lebih besar daripada telinganya. Tiba-tiba, datang si kura-kura, mengajak arnab berlumba sekali lagi dan kali ini kura-kura pula menetapkan masa dan tempat. Bukan kerana tidak dapat menerima kekalahan tapi.....(kalau tak buat cerita kura-kura ajak berlumba lagi, takde la modal aku nak tulis blog nih!) Arnab pun dengan penuh yakin menerima cabaran kura-kura. Cuma kali ni arnab dah terminate keahlian di gym memandangkan dia dah menang perlumbaan tu. So, xde la arnab training beria-ia bak yo yo or....

TIBA HARI PERLUMBAAN KE-3....arnab dan kura-kura bersedia di garisan penamat....pada hari tu, lipan yang menjadi hakim pelepas...namun, perlumbaan terpaksa ditunda masa lewat sikit...maklum la, nak tunggu lipan sampai bukan senang, berapa banyak sport shoes yang dia kena sarung..lipan kan kaki banyak?!...( ce ko bayang ayat ni! ) Setelah 3 jam menunggu, lipan pun sampai dan bersedia manjadi hakim pelepas. Peng!!!! bunyi dentuman tembakan, arnab dan kura-kura pun mulakan perlumbaan. Tetapi yang peliknya, setelah arnab dan kura-kura berlalu, pasukan bulan sabit merah yang dianggotai oleh angsa telah mengerumuni biawak yang sejak tadi meniarap di tepi lipan. Rupa-rupanya tembakan lipan tadi terkena biawak...lipan kan rendah, mana mungkin tembakannya terlepas ke atas....jadi ia terlepas ke tepi

Laporan perlumbaan...arnab seperti biasa laju dan jauh meninggalkan kura-kura. Ditoleh belakang, kelibat hujung hidung kura-kura pun tidak kelihatan. Tiba-tiba langkah arnab terhenti di suatu kawasan...arnab menjadi panik. Rupa-rupanya kura-kura telah menetapkan kawasan sungai sebagai salah satu kawasan perlumbaan. Arnab tidak pandai berenang jadi akhirnya arnab mengaku kalah. Strategi baru kura-kura telh membuahkan kemenangan.

Moral of the story......sapa yang baca entry kali ni boleh la tuliskan moral cerita ni....

Sunday, June 10, 2012

Yang Di Dalam Mata Di Tengah Hidung

1.Cuba senaraikan 10 orang yang anda sayang......
2.Daripada 10, senarai pendekkn kepada 5 orang yang anda sayang.....
3.Daripada 5,senarai pendekkan kepada 3 orang yang anda sayang....
4.Daripada 3,senarai pendekkan kepada 1 orang yang paaaaalingggggg anda sayang...

Amacam? Siapa pilihannya berakhir dengan dirinya sendiri angkat tangan! 1..2..3..(membilang) haaaa...tak ramai kan?Gitu la adat dunia.Bila ditanya tentang orang yang disayang sering kali kita cenderung menyenaraikan orang di keliling kita tapi,jarang sekali kita menyenaraikan diri kita sendiri sebagai antara orang yang paling kita sayang. Lebih best lagi, senarai terunggul itu BUKAN nama kita menjadi pilihan.

Sebab tu kita cenderung terjebak dalam kancah 'menganiayai diri sendiri'...dengan erti kata lain membiarkan diri kita merosakkan diri sendiri. Bila kita dimarah,dihina,diherdik,disalahkan dan macam-macam lagi dari mana puncanya kalu tidak daripada kita? Bukankah kita yang menyediakan ruang dan peluang untuk manusia mengkritik diri kita, merendah-rendahkan diri kita?

Bukankah kita selalu dipesan agar beringat, satu jari yang menuding ke arah orang, empat jari lagi berpatah kepada kita kembali? Bermaksud, berbanyak-banyaklah refleksi diri kita. Jangan mudah menyalahkan orang lain. Selain itu, atas sebab kelemahan kita menjadikan diri kita seorang yang lebih baik dari semalam menyebabkan kita menjebakkan diri kita ke dalam kancah-kancah, lorong-lorong, sudut-sudut yang tidak sepatutnya. SEMUA BERPUNCA DARIPADA.....KITA TIDAK SAYANGKAN DIRI KITA DAN KITA MENGANIAYAI DIRI KITA SENDIRI. Bukankah diri kita berhak mendapat yang paling istimewa, best, hebat, mantap, terbaekkkk????

Anak-anak, adik-adik....kita dilahirkan penuh dengan keistimewaan. Kita dijadikan dengan sebaik-baik kejadian. Dalam kehidupan ada 2 pilihan, baik atau buruk, kiri atau kanan, cantik atau hodoh, kenyang atau lapar, best atau tak best, seronok atau boring.....dan pilihannya kita yang buat. Kita yang menentukan destinasi hidup kita. Kita yang menentukan untuk hidup di atas bumi Allah ini dalam kejayaan atau kehinaan.

Wednesday, May 9, 2012

Kosongkah jiwa @ Jiwa yang kosong?

Benarkah andaian manusia wujudnya jiwa kosong? Jika diperhatikan,gelas yang tidak berisi air sekalipun, masih terisi udara di dalamnya. Perut yang diisi makanan ringan ,mengapa masih berasa  lapar? Selalu ibu berkata, kerana makanan itu tidak berkhasiat. Begitu jua dengan jiwa. Bukan jiwa yang kosong tetapi manusia  yang gagal mengisi jiwa dengan sesuatu yang 'mengenyangkan. Bagaimana nak mengisi jiwa menjadi 'kenyang'? Isikan dengan matlamat yang membawa manfaat. Paling molek sekali jika matlamat itu membawa kepada destinasi akhirat.


Tuesday, March 6, 2012

DOA DAN ISTIQAMAH

Biasanya jika kita mahukan sesuatu kita minta sekali je ke?Pasti berkali-kali kerana kita yakin, berkali-kali  itu menunjukkan kesungguhan. Imbau seketika memori lama, berkehendakkan sesuatu, hampir setiap minit, setiap jam dan setiap hari kita mengulang minta kepada ibu bapa. Lalu, setelah berkali-kali meminta, pasti akhirnya ditunai jua permintaan itu. Di situ letaknya istiqamah, konsisten, berkali-kali, berulang-ulang.

Berdoa itu adalah meminta, meminta pasti dengan cara yang paling baik kerana kita maklum meminta dengan kasar  nanti hajat tak kesampaian pulak. Sedangkan dengan ibu dan bapa pun bila berkehendakkan sesuatu kita akan bercakap dengan lembut. Berbeza benarkah berdoa dengan meminta?

Pernah sesekali kita berdoa sambil bercakap, bergosip, menoleh kiri dan kanan?Pernah kannnnn....dan selalunya situasi ni terjadi masa kita hanya mengaminkan doa yang dibaca orang lain. Pernah kita terfikir, dengan siapa kita meminta???? Dengan Allah S.W.T ....Dia Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memberi, Maha Berkuasa, Maha Kaya...Namun, tiap kali menadah tangan, sedang meminta, sedang berdoa, boleh pulak kita bercakap. Ke mana hilang adab berdoa?

Maka, memintalah dengan cara yang paling baik dan dengan berkali-kali kerana di situ menunjukkan kesungguhan kita akan permintaan kita dan kita sedang meminta daripada Yang Maha Berkuasa. Istiqamah dalam meminta. Memintalah dengan sebaik cara.

Ingatan untuk diri saya.......

Sunday, December 4, 2011

REZEKI DATANG LAGI!

Tiap kali kita sedang makan di gerai,kedai, mana sekalipun,akan didatangi insan yang menghulur tangan mengharap ihsan kita barang seringgit dua. Ikhlas atau tidak,  pasti dihulur jua duit sekadar mampu. Ada juga sekali sekala, kita tidak menghulur apa-apa. "Entah ye entah tidak!" bisik hati kita. Tetapi pernah terbit di kotak fikiran kita, mereka itu datang membawa rezeki???? Tanpa kita sedari, sebenarnya  mereka itu bukan datang kepada kita tapi mereka didatangkan kepada kita. Tanpa izin Allah S.W.T takkan hadir mereka di hadapan kita dan pastinya hadirnya mereka membawa makna. Apabila tangan mereka menghulur,tangan kita akan memberi. Tidakkah di situ kita telah beroleh pahala?...InsyaAllah...sebab itu dikatakan mereka itu didatangkan dan rezeki datang lagi kerana setiap kali kita kita memberi, rezeki pahala telah datang, rezeki doa kesejahteraan kita telah datang dan akhirnya, bertambah-tambahlah rezeki, berdatang-datanganlah rezeki. Kalaupun bukan duit yang dihulur, senyuman atau doa mungkin sudah mencukupi dan kedua-duanya tidak memerlukan kita menyeluk kocek untuk dikeluarkan....sama-sama kita renungkan.

Monday, September 12, 2011

Berapa Ringgit Malaysia(RM) aku?

Assalammualaikum...

Datang sekolah naik apa?...Mercedes....ayah hantar?...iye....Duit belanja berapa banyak?....RM10...Sehari????...iye....Buku mana?...lupa....Pensel?....hilang...Habis tu nak tulis dengan apa?....

Kalau kita dilahirkan kaya sekalipun, harta itu harta ayah. BUKAN harta KITA...Kalau duit kita banyak sekalipun, duit itu duit ayah. BUKAN duit KITA...Ilmu kita lebih tinggi daripada seorang guru?...KITA PUN SEDANG BERGURU DENGANNYA...

Harta bukan milik kita, duit bukan milik kita, ilmu tidak setinggi mana ,JADI...apa yang kita ada?Kalau budi pun tak kita punya?????Di mana kita meletakkan nilai diri kita?Saya tidak mengatakan diri seseorang insan itu disamakan dengan duit, namun, sekiranya ia BOLEH boleh dilakukan, berapakah harga yang mahu diletakkan kepada diri kita?

'Kaya' itu besar ertinya, hebat maksudnya, luas maknanya. Kaya tidak hanya bergantung kepada pemilikan harta,wang ringgit. Kaya ilmu, kaya budi bahasa, kaya kemahiran...juga kaya. Namun, jika ditenung dan direnung, apabila kita kaya dengan budi bahasa, kita mampu menjadi kaya ilmu, kaya kemahiran, kaya harta dan kaya wang ringgit.

Kesimpulan, budi bahasa menjadi asas kita membina kekayaan. Apa lagi yang kita miliki jika budi bahasa yang kita peroleh secara percuma itu juga tidak kita miliki?