Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mau timbul
Ikan oh ikan
Kenapa tak mahu timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah
Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak oh katak
Kenapa kau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak
Macam mana aku tak makan
MEMANG MAKANAN AKU
Monday, June 27, 2011
Sunday, June 26, 2011
Sesat Dalam Terang
Assalammualaikum....
Che Lin nak citer pasal SESAT DALAM TERANG....huyyoo..camne leh sesat dlm trang plak?Kalo dah terang...takkan sampai xblh nampak?...Situasi 'sesat dalam terang' ni same le jugak dgn kita tak nampak jalan/penyelesaian bila kita sdg dalam kecelaruan perasaan, mental dan fizikal...ada masalah le tuuu....
Bila saat kita menghadapi masalah, sering kali kita tak nampak jalan penyelesaiaannyer. Masalah itu ibarat lalang yang tinggi. Lalang itu akan menutup mata kita, menyemakkan kepala kita lalu kita tak nampak jalan penyelesaian. So, nak nampak jalan, lalang tu perlu ditebas. Untuk menebas kita kena ada parang ke... sabit ke... pisau ke.... Tapi, ada parang @ sabit@ pisau yang tajam pun kalau takde usaha untuk mula TAK JADI JUGAK!!Kalau malas nak menebas, camne lalang nak hilang, kemuncup nak kurang, jalan nak nampak?SO....?
Itu lah KAUNSELING....counselling is a process...not a magic healing method...tolongggggglahh! Bila anda kongsi cerita dengan niat untuk melepaskan beban masalah itu ibarat menebas lalang yang tinggi. Lalang itu masalah, berkongsi cerita itu menebas. Semakin banyak anda bercerita, masalah yang anda tanggung menjadi semakin ringan... dan akhirnya...apabila anda selesai berkongsi, masalah sebenar telah dikenalpasti,dan akhirnya, anda akan menemui jalan-jalan yang akan membawa anda ke destinasi penyelesaian kebuntuan anda....maka, kerana itulah anda tersesat dalam terang.

Sunday, May 22, 2011
Quotes
Thursday, May 19, 2011
Quotes
Jangan terlalu memikirkan yang kita ini tidak pandai tetapi jangan pula terlalu selesa dengan ketidakpandaian kita
Wednesday, May 18, 2011
Biar Ku Menjadi Lilin
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan di suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Tuesday, May 3, 2011
Dari Benih Menjadi Pokok
Pernah tanam pokok?...Dari mana asal pokok?....Daripada benih la. Sebatang pokok yang rendang dahannya, tinggi batangnya...rimbun rantingnya, lebat buahnya, teguh akarnya..semua berasal daripada SEBIJI BENIH...tapi......dari mana pulak datang benihnya?...dari pokok jua...Terbukti sudah bahawa semua yang terjadi adalah suatu kitaran yang menjadikan sesuatu dan mengasalkan sesuatu.Suatu kemestian untuk kita melihat apa yang terjadi daripada satu titik yang bermula. Biarpun apa yang terjadi itu suatu lakaran yang buruk, hitam, tidak berseri, pasti ia berasal daripada suatu lukisan garisan yang sempurna cuma apabila dilarikan berus di atas kanvas, berus tersasar daripada sempadan kanvas, berus tercelup warna yang salah, garisan yang sempurna tiba-tiba menjadi lekukan yang canggung di pandangan mata.
Apa benda yang aku merepek ni?....nak kata...apa yang jadi mesti ada punca. Dari punca itu isu menjadi lebih susah dan sukar. Mungkin sesuatu itu mulanya nampak elok, tapi kita tidak dapat menebak apa yang akan terjadi kelak. Sedangkan apa yang akan jadi saat seterusnya pun kita tidak ketahui.Hanya Allah Maha Mengetahui.Sebab itu hidup ini dikatakan suatu kitaran. Sama la macam pokok dan benih.
Sama jugak dengan kehidupan, apa yang terjadi kepada diri kita, keluarga, insan tersayang, sahabat handai, pekerja, anak didik atau sesiapa di sekeliling kita berasal dari suatu punca dan bercambah menjadi suatu isu/perkara yang merimbun. Hidup yang berharta pasti bermula daripada kemiskinan, anak yang taat pasti bermula dari didikan yang sempurna, pekerja yang komited pasti bermula daripada majikan yang memahami, ketenangan hati pasti berasal daripada benih keimanan yang bercambah dan merendang di dalam dada.
Subscribe to:
Posts (Atom)