Biasanya jika kita mahukan sesuatu kita minta sekali je ke?Pasti berkali-kali kerana kita yakin, berkali-kali itu menunjukkan kesungguhan. Imbau seketika memori lama, berkehendakkan sesuatu, hampir setiap minit, setiap jam dan setiap hari kita mengulang minta kepada ibu bapa. Lalu, setelah berkali-kali meminta, pasti akhirnya ditunai jua permintaan itu. Di situ letaknya istiqamah, konsisten, berkali-kali, berulang-ulang.
Berdoa itu adalah meminta, meminta pasti dengan cara yang paling baik kerana kita maklum meminta dengan kasar nanti hajat tak kesampaian pulak. Sedangkan dengan ibu dan bapa pun bila berkehendakkan sesuatu kita akan bercakap dengan lembut. Berbeza benarkah berdoa dengan meminta?
Pernah sesekali kita berdoa sambil bercakap, bergosip, menoleh kiri dan kanan?Pernah kannnnn....dan selalunya situasi ni terjadi masa kita hanya mengaminkan doa yang dibaca orang lain. Pernah kita terfikir, dengan siapa kita meminta???? Dengan Allah S.W.T ....Dia Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memberi, Maha Berkuasa, Maha Kaya...Namun, tiap kali menadah tangan, sedang meminta, sedang berdoa, boleh pulak kita bercakap. Ke mana hilang adab berdoa?
Maka, memintalah dengan cara yang paling baik dan dengan berkali-kali kerana di situ menunjukkan kesungguhan kita akan permintaan kita dan kita sedang meminta daripada Yang Maha Berkuasa. Istiqamah dalam meminta. Memintalah dengan sebaik cara.
Ingatan untuk diri saya.......
Tuesday, March 6, 2012
Sunday, December 4, 2011
REZEKI DATANG LAGI!
Tiap kali kita sedang makan di gerai,kedai, mana sekalipun,akan didatangi insan yang menghulur tangan mengharap ihsan kita barang seringgit dua. Ikhlas atau tidak, pasti dihulur jua duit sekadar mampu. Ada juga sekali sekala, kita tidak menghulur apa-apa. "Entah ye entah tidak!" bisik hati kita. Tetapi pernah terbit di kotak fikiran kita, mereka itu datang membawa rezeki???? Tanpa kita sedari, sebenarnya mereka itu bukan datang kepada kita tapi mereka didatangkan kepada kita. Tanpa izin Allah S.W.T takkan hadir mereka di hadapan kita dan pastinya hadirnya mereka membawa makna. Apabila tangan mereka menghulur,tangan kita akan memberi. Tidakkah di situ kita telah beroleh pahala?...InsyaAllah...sebab itu dikatakan mereka itu didatangkan dan rezeki datang lagi kerana setiap kali kita kita memberi, rezeki pahala telah datang, rezeki doa kesejahteraan kita telah datang dan akhirnya, bertambah-tambahlah rezeki, berdatang-datanganlah rezeki. Kalaupun bukan duit yang dihulur, senyuman atau doa mungkin sudah mencukupi dan kedua-duanya tidak memerlukan kita menyeluk kocek untuk dikeluarkan....sama-sama kita renungkan.
Monday, September 12, 2011
Berapa Ringgit Malaysia(RM) aku?
Assalammualaikum...
Datang sekolah naik apa?...Mercedes....ayah hantar?...iye....Duit belanja berapa banyak?....RM10...Sehari????...iye....Buku mana?...lupa....Pensel?....hilang...Habis tu nak tulis dengan apa?....
Kalau kita dilahirkan kaya sekalipun, harta itu harta ayah. BUKAN harta KITA...Kalau duit kita banyak sekalipun, duit itu duit ayah. BUKAN duit KITA...Ilmu kita lebih tinggi daripada seorang guru?...KITA PUN SEDANG BERGURU DENGANNYA...
Harta bukan milik kita, duit bukan milik kita, ilmu tidak setinggi mana ,JADI...apa yang kita ada?Kalau budi pun tak kita punya?????Di mana kita meletakkan nilai diri kita?Saya tidak mengatakan diri seseorang insan itu disamakan dengan duit, namun, sekiranya ia BOLEH boleh dilakukan, berapakah harga yang mahu diletakkan kepada diri kita?
'Kaya' itu besar ertinya, hebat maksudnya, luas maknanya. Kaya tidak hanya bergantung kepada pemilikan harta,wang ringgit. Kaya ilmu, kaya budi bahasa, kaya kemahiran...juga kaya. Namun, jika ditenung dan direnung, apabila kita kaya dengan budi bahasa, kita mampu menjadi kaya ilmu, kaya kemahiran, kaya harta dan kaya wang ringgit.
Kesimpulan, budi bahasa menjadi asas kita membina kekayaan. Apa lagi yang kita miliki jika budi bahasa yang kita peroleh secara percuma itu juga tidak kita miliki?

Thursday, July 14, 2011
100% FREE
Free..percuma...dapat gituuuu je..xpayah bayar...xpayah susah-susah...apa benda free kat dunia nie?...ada lagi ke?..nak cari tandas free pun payah...benda free?...pamplet, poster, beg plastik(Hari Sabtu kena bayor wo)...kupon, pisang kat masjid, sabun kat hotel, tisu kat restoran...sebenarnye banyak lagi benda free kat dunia ni...SENYUM, PUJIAN, TERIMA KASIH, TEPUK TANGAN, DOA,UDARA...dan banyak lagi...tapi sedarkah kita, walaupun semua ni percuma, tak pernah di hati kita untuk menghadiahkan semua ini selalu. Walaupun kepada orang yang sepatutnya menerima sentiasa.
SENYUM...takde orang pernah minta bayaran untuk senyuman kita ((kecuali model iklan gigi la), namun, ada kita kisah nak hadiahkan pada orang sekeliling kita..waima mak kita sekalipun yang pahalanya sudah dijanjikan apabila bermuka manis dengannya PUN kita tak nak bagi. Mahal sangat ke? Susah sangat ke?...Kalaupun berat mulut nak ucapkan terima kasih pada cikgu yang berpeluh-peluh, berpenat lelah mengajar...hadiahkan sekuntum senyuman percuma susah jugak ke?
TERIMA KASIH...berapa kali hari ini anda berterima kasih dengan ibu anda? Pernah anda pergi kepada guru anda dan mengucapkan terima kasih seikhlas dari lubuk hati yang paling dalam apabila anda berjaya memahami sesuatu? "Teeerima kasiiihhhh cikgu"...ucapan sambil lewa diiringi gaya berdiri separuh tiang...Setakat itu sajalah penghargaan kepada seorang guru.
PUJIAN...percuma je namun, susah benar nak diungkapkan, dilafazkan di bibir...
TEPUK TANGAN...tanda meraikan kejayaan...kena tunggu menang pingat Olimpik baru nak tepuk tangan sungguh-sungguh ke? Biasakan meraikan kejayaan kecil sebelum hadirnya kejayaan yang besar. Macam mana kejayaan besar nak datang kalau tak pandai meraikan kejayaan yang kecil. Siapa lagi yang akan meraikan kejayaan kita kalau BUKAN kita sendiri yang meraikannya. Orang yang sama-sama ikhlas meraikan kejayaan kita tak ramai. Orang yang sentiasa menunggu kegagalan kita untuk diraikan meeeeemaanggg ramai. Mahal sangat ke nak raikan kejayaan orang lain? Cuba bayangkan, dek kerana kedekut sangat nak meraikan kejayaan orang lain, bila masa kita berjaya, takde sape pun sudi meraikan kejayaan kita. Bayang la, waktu graduasi, disebut nama kita naik ke pentas, suasana sunyi tanpa tepukan mengiringi kejayaan kita..hah!
DOA...pernah ke dihulur resit selepas anda berdoa?...xde kan?...Doa yang free tu pun susah nak diberi...Mungkin orang susah nak mendoakan kejayaan orang lain sebab orang ingat berdoa mesti dalam Bahsa Arab je kot..jadi, oleh kerana nak menunggu sampai orang hafal doa dalam Bahasa Arab, maka, xde la insan-insan yang sudi menyedekahkan doa yang free tu kepada kita...malang hidup kita...Saya ingin ingatkan diri saya...sentiasalah senyum, mengucapkan terima kasih, memberi pujian, bertepuk tangan dan mendoakan orang di sekeliling saya..Aminnnn
Tuesday, July 12, 2011
Renung-renungkan...
Y cant the malays put their energy n efforts in upgrading our economic strength..bangsa lain dh berlari pecut ke hdpan n will keep on progressing n we r complecent by just
being the door mat..??...Salina Salleh,2011
being the door mat..??...Salina Salleh,2011
Monday, June 27, 2011
Bangau Oh Bangau
Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mau timbul
Ikan oh ikan
Kenapa tak mahu timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah
Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak oh katak
Kenapa kau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak
Macam mana aku tak makan
MEMANG MAKANAN AKU
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mau timbul
Ikan oh ikan
Kenapa tak mahu timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah
Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan oh hujan
Kenapa timpa kayu
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak oh katak
Kenapa kau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak
Macam mana aku tak makan
MEMANG MAKANAN AKU
Sunday, June 26, 2011
Sesat Dalam Terang
Assalammualaikum....
Che Lin nak citer pasal SESAT DALAM TERANG....huyyoo..camne leh sesat dlm trang plak?Kalo dah terang...takkan sampai xblh nampak?...Situasi 'sesat dalam terang' ni same le jugak dgn kita tak nampak jalan/penyelesaian bila kita sdg dalam kecelaruan perasaan, mental dan fizikal...ada masalah le tuuu....
Bila saat kita menghadapi masalah, sering kali kita tak nampak jalan penyelesaiaannyer. Masalah itu ibarat lalang yang tinggi. Lalang itu akan menutup mata kita, menyemakkan kepala kita lalu kita tak nampak jalan penyelesaian. So, nak nampak jalan, lalang tu perlu ditebas. Untuk menebas kita kena ada parang ke... sabit ke... pisau ke.... Tapi, ada parang @ sabit@ pisau yang tajam pun kalau takde usaha untuk mula TAK JADI JUGAK!!Kalau malas nak menebas, camne lalang nak hilang, kemuncup nak kurang, jalan nak nampak?SO....?
Itu lah KAUNSELING....counselling is a process...not a magic healing method...tolongggggglahh! Bila anda kongsi cerita dengan niat untuk melepaskan beban masalah itu ibarat menebas lalang yang tinggi. Lalang itu masalah, berkongsi cerita itu menebas. Semakin banyak anda bercerita, masalah yang anda tanggung menjadi semakin ringan... dan akhirnya...apabila anda selesai berkongsi, masalah sebenar telah dikenalpasti,dan akhirnya, anda akan menemui jalan-jalan yang akan membawa anda ke destinasi penyelesaian kebuntuan anda....maka, kerana itulah anda tersesat dalam terang.

Subscribe to:
Posts (Atom)